SMART
BOARD
Smart Board adalah antara generasi
terbaru teknologi touchscreen yang
semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Teknologi touchscreen
seperti telefon bimbit, I-pad, I-pod dan banyak lagi adalah antara aksesori
yang semakin digilai terutama golongan muda. Smart Board hadir sebagai salah
satu media presentation yang lebih interaktif di mana proses
penyampaian menjadi lebih mudah.smart Board adalah media penyampaian maklumat
atau informasi, berasal dari Canada yang memiliki kemampuan melakukan dua
presentation atau conference presentation yang dilakukan di dua tempat yang
berbeza dalam masa yang sama.
Pada dasarnya, fungsi utama Smart
Board adalah untuk memindahkan fungsi PC atau laptop kepada board atau LCD.
Jika laptop mempunyai keyboard, monitor dan mouse, Smart Board juga ada
mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi untuk menggunakan kesemua fungsi, kita
hanya menyentuh atau touchscreen pada monitor iaitu board alau LCD. Selain itu,
Smard Board juga memiliki empat pen tinta digital dan satu pen penghapus
digital yang mampu merangsang pengaktifan pada Smart Board yang dapat
menggantikan kapur atau maker pen yang biasa digunakan pada papan putih. Dengan
adanya Smart Board, proses penyampaian sesuatu menjadi lebih mudah di mana
segala menyampaikan yang disampaikan boleh disimpan terus ke dalam fail dengan
mudah. Di samping itu, kita juga boleh berhubung terus kepada internet melalui
Smart Board.
Smart Board sangat efektif jika
dapat diguna pakai dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana, dengan segala
fungsi yang ada pada Smart Board mampu memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran. Tetapi di Malaysia, penggunaan Smart Board belum lagi di komersialkan
terutama di sekolah kerana beberapa kekangan antaranya ialah masalah
kewangan. Tetapi, Smart Board sudah mula
digunakan di sekolah-sekolah elit seperti Sekolah Bestari dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment