Tuesday, 15 May 2012

refleksi blog


BLOG
            Dewasa ini, blog semakin mendapat tempat di hati masyarakat bukan hanya golongan muda, malahan golongan pertengahan umur juga melihat blog sebagai salah satu medium yang baik untuk bersosial. Untuk pembelajaran pada hari ini, kami dikehendaki mencipta blog sendiri yang berkaitan dengan sains. Ini adalah kali pertama saya mencipta blog dan ia cukup teruja. Kita  boleh melakukan pelbagai aktiviti  melalui media elektronik ini.
            Mencipta blog bukanlah sesuatu yang sukar. Kita boleh mencari dan mereka blog mengikut kreativiti kita sendiri. Kita boleh meletakkan pelbagai gadget seperti jam, video, slide show dan macam-macam lagi. Dalam blog ini, kami perlu melakukan beberapa tugasan seperti membuat refleksi untuk setiap tajuk pembelajaran dan memasukkan segala bahan yang kita pelajari dalam kursus Informasi and Communication in Science ini.
            Dengan adanya blog,kita bukan hanya mendapat teman, malahan kita juga boleh bertukar pandangan dan ilmu pengetahuan dengan teman-teman blogger kita. Contohnya dengan blog sains yang perlu kami cipta dan dijadikan sebagai assignment untuk lulus dalam kursus ini, kita boleh meletakkan pelbagai bahan ilmiah yang sesuai dan berinformasi. Melalui blog-blog seperti inilah secara tidak langsung mampu membantu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang individu.
           
           

No comments:

Post a Comment