REFLEKSI DATA ANALISIS
Data analisis adalah sesuatu
maklumat yang dikaji berdasarkan sesuatu bahan atau artikel. Dalam kursus Communication and Technology in Science ini,
kami telah diberi tugasan untuk menganalisis data atau maklumat berkaitan
dengan konsep smart school. Berdasarkan
dua artikel yang telah diberi, kami diarahkan untuk mengenal pasti konsep smart
school yang terdapat di Malaysia. Kami juga perlu mengenal pasti kebaikan dan
kelemahan atau kekurangan yang ada dalam rangkaian smart school ini. Program
smart school ini mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun
1996 yang mementingkan konsep pemikiran kreatif dan interaktif. Selain itu,
teknologi merupakan komponen terpenting dalam menjayakan konsep smart school
ini. Konsep ini juga adalah salah satu cabang atau cara bagi merealisasikan
Wawasan 2020 yang cuba dijayakan oleh negara.
Terdapat beberapa isu yang cuba
diselesaikan dalam melaksanakan dan merealisasikan konsep smart school ini.
Antaranya ialah kos atau belanja yang sangat tinggi untuk membangunkan sekolah
yang lengkap dengan kemudahan teknologi. Selain itu, pada awal pelaksanaan
smart school dilancarkan, pihak kerajaan tidak mendapat sokongan terhadap
rakyat kerana kebanyakan rakyat tidak begitu memahami apa itu sekolah yang
berkonsepkan smart school. Di samping itu juga, kerajaan, mengalami masalah
kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang teknologi. Kebanyakan guru
yang ada, tidak mengetahui cara penggunaan teknologi. Justeru itu, kerajaan
perlu memberi peruntukan kepada guru-guru ini untuk mengikuti kursus teknologi
maklumat. Bukan hanya guru, malahan para pelajar juga menghadapi kesukaran pada
peringkat awal kerana kurangnya pendedahan dalam dunia teknologi maklumat ini.
Pelaksanaan smart school ini juga
mempunyai beberapa kekurangan atau keburukan. Jika guru terlalu bergantung
kepada teknologi semata-mata dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ini akan
mengurangkan kepelbagaian dan kreativiti dalam proses pengajaran. Selain itu,
kemahiran berkomunikasi pelajar dengan orang sekeliling juga akan berkurangan
kerana terlalu asyik berkomunikasi melalui alam maya. Secara keseluruhannya,
pelaksanaan sekolah berkonsepkan smart school ini mempunyai kebaikan dan
keburukannya. Justeru itu, semua lapisan masyarakat perlu memperbaiki dan
membantu meningkatkan kualiti sekolah yang ada di negara.
No comments:
Post a Comment