Tuesday, 15 May 2012

refleksi lecture maker


REFLEKSI LECTURE MAKER

            Dewasa ini, masyarakat tidak kira dalam atau luar negara, berlumba-lumba untuk menguasai teknologi terbaru. Dalam dunia serba moden ini, mustahil kita mampu untuk meneruskan hidup tanpa teknologi. Teknologi pada hari ini sangat penting tidak kira dari segi ekonomi, politik, perniagaan, perubatan mahupun pendidikan. Justeru itu, lambakan teknologi yang lahir perlu kita kuasai dan gunakan sebaiknya untuk memajukan lagi kehidupan sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara.
            Lecture Maker adalah salah satu teknologi baru yang dicipta bagi memudahkan proses penerangan atau penyampaian ilmu.  Lecture Maker ini sesuai untuk kegunaan guru-guru di sekolah. Umum mengetahui bahawa pelajar-pelajar sekolah dewasa ini sangat ghairah mengejar teknologi. Justeru itu, pendekatan yang lebih efektif dan kreatif penting bagi menarik minat pelajar untuk terus tekun menimba ilmu. Lecture Maker merupakan satu jenis media pengajaran yang digunakan untuk menyediakan bahan pembentangan atau penyampaian yang lebih berkesan. Cara penyampaian dalam Lecture Maker ini agak sama dengan aplikasi dalam Power Point tetapi lebih banyak kelebihan dan kegunaan aplikasi yang boleh kita cipta di dalam Lecture Maker. Aplikasi yang terkandung dalam Lecture Maker ini memudahkan untuk membentangkan sesuatu informasi dengan lebih mudah, ringkas dan menarik.
            Salah satu kelebihan utama yang terdapat dalam Lecture Maker ialah ia mampu dijadikan sebagai bentuk aplikasi untuk cd interaktif, menyediakan kemudahan soalan multiple choice dan essay ringkas. Selain itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan program pembuatan audio untuk memudahkan lagi proses penerangan. Penggunaan aplikasi Lecture Maker secara meluas mampu meningkatkan lagi konsep e-pembelajaran yang sedang diterapkan oleh kerajaan terutama dalam bidang pendidikan.
            Dalam sesi pembelajaran kursus Information and Communication in Science ini, kami diberi peluang untuk belajar cara menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini memberi banyak kelebihan terutama kepada pelajar IPT untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan lebih kreatif, menarik dan interaktif.

No comments:

Post a Comment