Monday, 21 May 2012

refleksi simulasi


REFLEKSI SIMULASI
            Simulasi adalah salah satu lagi cara pembelajaran yang sangat berkesan yang boleh digunakan di peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi lagi. Simulasi ialah satu kaedah di mana pelajar boleh merasai sendiri pengalaman mengendalikan sesuatu yang sukar untuk dilakukan di dunia sebenar. Simulasi dapat membentuk formula atau model yang boleh dimanipulasikan dalam bentuk yang lebih mudah dan ringkas. Pada kebiasaannya simulasi digunakan untuk para pelajar melakukan eksperimen yang mengambil waktu yang sangat lama untuk diselesaikan. Selain itu, simulasi juga boleh menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin dihadapi untuk melakukan eksperimen seperti ruang yang terhad, eksperimen yang berbahaya atau yang menggunakan peralatan  terlalu mahal.
            Dengan menggunakan simulasi berkomputer dapat menghasilkan tindak balas yang betul serta teratur dan lebih fleksibel. Di samping itu, eksperimen yang dilakukan menggunakan simulasi berkomputer juga boleh dilakukan berulang-ulang kali tanpa menggunakan ruang atau belanja yang besar. Kaedah simulasi ini sangat sesuai digunakan di dalam kelas kerana ia nya boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan di mana para pelajar boleh melihat dan melakukan eksperimen yang mereka tidak boleh lakukan di dunia sebenar. Selain itu, mereka juga dapat menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. 

No comments:

Post a Comment