PICASA
PICASA
adalah salah satu produk yang dikeluarkan oleh Google yang mana fungsi utamanya
ialah berkaitan pengurusan photo atau video. Sebelum ini, saya kurang mendapat
pendedahan dan kurang arif tentang cara penggunaan Picasa ini. Tetapi setelah
saya mengikuti sesi pembelajaran kursus Information
and Communication in Science pada
minggu ke 4, saya mula memahami fungsi dan kelebihan Picasa dengan lebih
mendalam lagi. Sebelum ini, saya hanya menggunakan Picasa untuk mengedit atau
menyunting gambar sahaja tanpa menyedari fungsi-fungsi lain yang ada pada
perisian Picasa.
Selain
itu, paparan Picasa yang mesra pengguna memudahkan saya untuk menggunakan
perisian ini. Fungsi Picasa yang paling unik berbanding perisian lain ialah, ia
dapat memaparkan kesemua foto yang kita inginkan dalam satu “muka surat” sahaja dan kita hanya
perlu melakukan skrol dari atas ke bawah untuk melihat kesemua imej foto
tersebut. Picasa juga berfungsi untuk mengubah suai imej melalui crop, rotate
and eye correction tanpa menjejaskan imej asal foto tersebut. Di samping itu,
kita juga boleh menandakan foto kegemaran dengan bintang. Dengan cara ini, kita
boleh melihat koleksi foto yang digemari dengan lebih mudah. Melalui perisian
Picasa ini juga, kita boleh menketagorikan
foto-foto kita dengan kumpulan yang sesuai. Satu gambar juga boleh
berada dalam banya album tanpa menggunakan ruang yang banyak dalam hard disk.
Sebenarnya
banyak lagi fungsi perisian Picasa yang belum lagi saya cuba dan terokai.
Sekarang, dengan adanya Picasa, saya semakin teruja untuk menyunting
gambar-gambar kenangan supaya kelihatan lebih menarik dan cantik.
No comments:
Post a Comment